Sains mempunyai satu anekdot menarik bagi menjelaskan mengapa seorang insan sanggup berbakti hingga membiarkan nyawanya melayang, seperti menyertai tentera dan berjuang demi negara.
Di sebuah pub lebih setengah abad yang lampau, pakar genetik
Ini merupakan teori kin selection di mana sains menjelaskan bagaimana haiwan dapat mewariskan gen mereka dengan membantu saudara terdekat sebagai penyebab kelakuan altruisme atau membantu individu lain.
Tetapi bagaimana sains melihat altruisme yang dilakukan, sama ada oleh haiwan, atau manusia, terhadap mereka yang tidak bersaudara dengannya? Menurut sains, menggunakan penjelasan biologi yang menganggap fungsi seks jantan semata-mata untuk menyebarkan benih mereka sejauh mungkin bagi survival spesis, seorang pemburu misalnya, mungkin berkongsi hasil buruannya dengan rakan-rakan bagi memikat wanita – lantas meningkatkan kemungkinannya berjaya untuk membiak.
Ini hanyalah penjelasan saintifik, yang banyak kekurangannya. Malah mereka di Barat sendiri ramai yang mempersoalkan tindakan untuk menjelaskan segala-galanya dengan sains. Persoalan roh, kelakuan dan tujuan hidup manusia mungkin paling baik dapat dijelaskan menerusi agama. Marxisme
Mengapakah belia-belia Palestin, laki-laki dan wanita, sanggup mengikat bom di badan mereka dan membunuh diri? Apakah motif kelakuan ini? Adakah sebagaimana dilabel oleh Dr. Mahathir ketika Persidangan Menteri Luar OIC dahulu, mereka adalah pengganas yang hilang pertimbangan semata-mata? Mengapakah Sheikh Yusuf al Qaradawi, ulama’ otoritatif dewasa ini, menghukumkan tindakan kematian mereka sebagai mati syahid? Adakah tindakan mereka berasaskan teori kin selection tadi?
In our country, the rights of the workers are frequently swept under the carpet for the sake of the political and business establishment. We are too keen to have megalomaniac monuments manifest themselves in Kuala Lumpur as 'signs of development', but unfortunately we are not willing to adopt the labour standards of developed countries such as the minimum wage, a social security net as well as interventionist supply-side policies to improve the quality of labour. Our lack of legislation for labour (to be fair, so were a few neighbouring countries) was among the reasons for Calpers to pull out it's investment from the country.
Pada asasnya, tindakan mereka sememangnya tersilap. Tetapi jika dunia mahu menghukum mereka, dunia harus menuding dari kepada diri sendiri dahulu.
Harus kita fikir-fikirkan, keadaan bagaimanakah yang mendesak mereka melakukan tindakan begitu desperado itu?
Tragedi rakyat tanpa negara, penghuni-penghuni bumi berdarah Palestin, bukanlah tragedi bangsa Arab. Mahupun tragedi umat Islam semata-mata. Yang menjadi mangsa di Palestin yang ramainya sudah semestinya umat Islam, tetapi ada juga golongan Kristian dan Yahudi. Rakyat
Yang sering menjadi jawapan apabila ditanya, mengapa diwujudkan negara
Namun jawapan itu penuh dengan tandatanya. Tidak wajar dihukum Eropah secara keseluruhannya, tetapi kerajaan-kerajaan Eropah harus memerangi anti-Semitisme di negara mereka terlebih dahulu, sebagaimana yang diusahakan oleh Pobedonostsev dan kemudia Stalin di Russia, Hitler di Negara Jerman dan apa yang terungkap oleh tragedi Dreyfus di Perancis. Adakah wajar dosa itu dibersihkan dengan menghalau sebuah masyarakat lain dan mendirikan negara yang sudah luput lebih dua alaf yang lampau.
Bangsa Yahudi meninggalkan tanah suci mereka ketika zaman kerajaan Parsi dan kemudian zaman Rom. Ada yang ke Afrika, ke negara-negara Timur Tengah dan kemudian ke Eropah. Bangsa Yahudi ramai menghuni di Madinah ketika penghijrahan Rasulullah s.a.w. Kita sering menekankan mengenai sifat Yahudi sebagai anti-Islam dan sebagainya, tetapi ramai juga Yahudi waktu itu memeluk Islam, dan kemudian terasimilasi ke dalam masyarakat Arab kerana sebenarnya budaya dan bahasa Yahudi amat dekat dengan budaya dan bahasa Arab. Dua-dua dari rumpun Semitik (meskipun dunia apabila berbicara tentang anti-Semitisme memandang kepada anti-Yahudi semata-mata, tidak kepada paranoia anti-Arab pasca September 11, misalnya!).
Di Madinah, mahupun ketika Saidina Umar tiba di Baitul Muqaddis, bangsa Yahudi dilayan secara baik oleh pemerintah Islam, jauh lebih baik berbanding layanan Eropah terhadap mereka hinggalah ke zaman moden ini. Pada zaman keagungan peradaban Islam, mereka menjadi penasihat dan wazir khalifah, pendita-pendita ilmu dan peniaga. Apabila Isabella menyatukan Sepanyol, umat Islam dan Yahudi dua-dua menjadi mangsa Inquisition.
Tetapi kegilaan mereka untuk menguasai Palestin diapi-apikan oleh semangat Zionisme, yang menurut seorang Rabbi, lebih bersifat nasionalisme yang bertopengkan agama daripada sesuatu yang diajar oleh kitab Taurat atau Talmud sebagaimana yang dimafhumi mereka.
Maka, dimulakan satu program penghijrahan ke Palestin (ketika itu di bawah Turki Uthmaniyyah sebelum dipegang oleh British melalui mandat Liga Dunia mereka) secara beransur-ansur, bermula dengan petempatan Petach Tiqva. Tetapi yang berhijrah kebanyakkannya ialah Yahudi di
Penguasaan pelobi-pelobi Zionis di dalam politik Barat, khususnya Amerika, memperlihatkan fenomena ini dibiarkan sahaja, mempersetankan hak anak watan Palestin yang telah menetap lebih seribu tahun lamanya! Ernest Bevin, Setiausaha Luar
Semenjak itu, dengan peperangan demi peperangan yang akhirnya melenyapkan seluruh bumi Palestin ke tangan
Sensitiviti umat Islam amnya, dan rakyat
Di sebalik perasaan tidak dapat berbuat apa-apa dan keaiban hidup dijajah, apabila negara-negara Islam lembik untuk memperjuangkan hak mereka, dan dunia amnya terus berdolak-dalik di dalam menentang keganasan rejim Tel Aviv, kita menjadi saksi kepada holocaust kedua, yang berlangsung lebih lama dari holocaust bangsa Yahudi sendiri. Tidak hairanlah, di dalam situasi tersebut, seorang wanita seperti Wafa Idris mengikat bom di badannya dan membunuh diri sebagai simbol protes untuk kemerdekaan bumi Palestin!
Maka solusinya hanyalah dengan satu – pengiktirafan kebebasan negara Palestin dan hak-hak asasi manusia di bumi tersebut. Tekanan dan tekanan dari pemerintah kanan seperti
Pertama kali disiarkan oleh Berita KeADILan.
No comments:
Post a Comment