Friday, January 23, 2009

Aman Palestin Malaysia ke Gaza




Tepat jam 10.30 malam waktu Malaysia bermulanya misi Gaza yang disertai oleh 5 orang sukarelawan Aman Palestin. Rombongan ini di ketui oleh Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Berhad, Abdullah Zaik Abdul Rahman.

Mereka membawa amanah rakyat Malaysia yang telah memberikan sumbangan untuk rakyat Palestin. Dengan ini mesej serta objektif Aman Palestin adalah jelas iaitu akan memastikan setiap sen yang dihulurkan oleh rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin akan disampaikan dengan penuh amanah.

Aman Palestin sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kepercayaan mereka kepada kami dalam membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin. Rombongan ini megharapkan doa dari rakyat Malaysia akan sumbangan tersebut selamat diagih-agihkan kepada yang memerlukan.



Isu kepungan dan serangan besar-besaran yang dilakukan oleh rejim Zionis kini tamat buat seketika dengan pengisytiharan gencatan senjata sebelah pihak (Israel)….Kenyataan Media Aman Palestin Berhad
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Isu kepungan dan serangan besar-besaran yang dilakukan oleh rejim Zionis kini tamat buat seketika dengan pengisytiharan gencatan senjata sebelah pihak (Israel), tanpa melibatkan persetujuan bertulis pimpinan Hamas.
Aman Palestin mewakili seluruh rakyat Malaysia telah melakukan pelbagai usaha untuk menghulurkan bantuan kepada masyarakat Palestin khususnya di Gaza dengan hasil kutipan derma dan bantuan yang tidak pernah putus dari rakyat Malaysia.
Sehubungan dengan itu, pihak Aman Palestin amat mengharapkan agar seluruh rakyat Malaysia terus bermurah hati menghulurkan bantuan dalam apa jua bentuk sekalipun untuk saudara-saudara kita di Palestin terutamanya di Gaza. Tambahan lagi bantuan segera amat diperlukan rakyat Gaza buat masa ini untuk membina semula kehidupan dan infrastruktur yang banyak dimusnahkan oleh tentera Israel.

Kami juga ingin menyatakan di sini bahawa, pihak kami akan terus menghulurkan bantuan yang telah terkumpul untuk disalurkan kepada masyarakat Palestin khususnya di Gaza. Dengan yang demikian pihak Aman Palestin akan menghantar rombongan yang terdiri daripada lima orang sukarelawan dan diketuai oleh Pengerusi Eksekutif Aman Palestin sendiri, yang insyaAllah akan berlepas ke Kaherah Mesir pada 21 haribulan Januari 2009 (rabu), dan seterusnya akan melalui `Arisy (bandar yang terletak di sempadan Gaza) kemudian akan cuba sedaya upaya melepasi sempadan Rafah untuk masuk ke Genting Gaza, Palestin. Rombongan Selamatkan Gaza oleh Aman Palestin ini akan disertai oleh 4 orang Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALP) Aman Palestin dan seorang sukarelawan. Mereka terdiri daripada :-
1- Abdullah Zaik Bin Abd. Rahman - Pengerusi Eksekutif Aman Palestin.
2- Ir. Haji Zaini Bin Awang - ALP Aman Palestin
3- Puan Hajah Hasimah Bte Salleh - ALP Aman Palestin
4- Haji Shamsul Maarif Bin Ismail - ALP Aman Palestin
5- Haji Abd. Rahman Mat Dali - Sukarelawan Aman Palestin (CEO Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi)

Misi utama rombongan kemanusiaan Aman Palestin pada kali ini ialah untuk menyampaikan bantuan daripada rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin di Gaza. Di samping itu, rombongan ini juga akan berusaha untuk masuk ke dalam Gaza bagi melihat sendiri kesan pencerobohan Israel dan mangsa-mangsa kekejaman Israel di Gaza. Rombongan ini juga akan menyampaikan bantuan yang berupa kereta Ambulans yang lengkap dengan peralatan ICU dan juga untuk operasi pembedahan, 3 buah janakuasa untuk hospital serta bantuan pakej makanan. Keseluruhan bantuan yang dihantar pada kali ini melebihi RM800,000.00.

Rombongan ini juga akan melihat kesan kemusnahan yang berlaku di Gaza seterusnya menganggarkan bantuan-bantuan susulan yang akan disalurkan. Untuk bantuan seterusnya, Aman Palestin berusaha untuk menyalurkan bantuan berjumlah melebihi USD1 juta dollar Amerika bagi membekalkan 4 lagi Ambulans ICU, janakuasa hospital, pakej makanan untuk keluarga Palestin, Pakej bantuan pelarian Palestin bagi membantu mereka membina semula kehidupan mereka dan membekalkan peralatan hospital yang sangat kekurangan.
Maka dengan itu, sekali lagi Aman Palestin mengharapkan agar rakyat Malaysia khususnya, tidak hanya melihat pada ketika berlakunya serangan untuk menghulurkan bantuan, bahkan hendaklah diteruskan dari masa ke semasa sehinggalah isu Palestin ini tamat, dan bumi yang diberkati ini bebas dari cengkaman Zionis serta mereka mendapat semula hak yang sememangnya milik mereka. Aman Palestin tidak melihat isu ini akan tamat dengan begitu sahaja, apatah lagi apabila rejim Zionis sering tidak mematuhi gencatan senjata yang dicanangkannya sendiri.
Semoga dengan semangat dari rakyat Malaysia yang terus menderma dan membantu akan meringankan beban penderitaan saudara-saudara kita di sana, insyaAllah

PBB Siarkan Gambar Serangan Fosforus Putih




UN pictures show what appears to white phosphorus 'wedges' raining down on one of its compounds in Gaza

PBB menyiarkan gambar yang dipercayai menunjukkan fosforus putih menghujani bumi Gaza. Gambar itu disiarkan Aljazeera pada hari ini.

2 kanak-kanak Palestin berusia 5 tahun dan 7 tahun terbunuh dalam serangan 17 Januari lalu itu.




sumber

Ramallah lancar kempen burukkan Hamas.


Jumaat, 23/01/2009 - Hamas menyatakan satu kempen yang dilancarkan oleh pemerintah boneka Dayton yang secara sistematik memburukkan Hamas dan kumpulan pejuan lain berikutan kemenangan Hamas dan pejuang lain ke atas Zionis-Israel. Sebaik sahaja Zionis-Israel memberhentikan operasi mereka, media-media terus digunakan untuk memburuk-burukan Hamas. Beberapa pemimpin kerajaan boneka Dayton secara terbuka menghamburkan fitnah(kerajaan boneka Dayton merujuk kepada kerajaan yang dibentuk oleh Jeneral Amerika Keith Dayton. Antara pimpinan mereka Salam Fayad, Mahmud al Habbash dan Yasr Abu Rabi).

Antara tuduhan mereka terhadap Hamas ialah pemimpin Hamas korup, mencuri dan merompak harta rakyat Palestin. Tujuan propaganda in dilancarkan adalah kerana di saat ini banyak bantuan kewangan yang datang untuk membantu Hamas dan membangunkan semula Gaza. Ini kerana seluruh masyarakat dunia tahu bahawa kerajaan Hamas adalah sebuah kerajaan yang dipilih secara demokratik oleh rakyat Palestin. Mereka juga terkenal dengan amanah, komited dan bersungguh-sungguh membantu rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu Awatif

Haniyya : Bantuan 40 juta euro kepada Gaza.

Jumaat, 23/01/2009 - Pusat Maklumat Penduduk Palestin yang bergabung dengan Pergerakan Hamas Khamis lalu melaporkan kerajaan Palestin di Gaza yang diketuai oleh Ismail Haniyya memutuskan untuk memberi 40 juta Euro kepada penduduk Semenanjung Gaza yang terjejas akibat serangan Israel.

Taher Al Nunu, jurucakap Hamas dalam sidang akhbar di Gaza City berkata “Kerajaan memutuskan untuk memberikan wang pampasan terhadap keluarga yang menjadi mangsa”.

Beliau menambah bahawa 4000 Euro akan diserahkan kepada keluarga yang kehilangan rumah mereka, 2000 Euro kepada keluarga yang kehilangan sebahagian rumah mereka, 1000 Euro untuk setiap seorang ahli keluarga yang hilang dan 500 Euro untuk setiap penduduk yang cedera.

Semasa memberikan respons mengenai dakwaan Palestin Authority di Ramallah tentang tahanan Hamas di penjara Al Saraya yang dikepung oleh Israel, Al Nunu berkata “tiada tahanan yang terbunuh, dan kita tiada tahanan-tahanan politik”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79

Perisikan Mesir ugut mangsa Palestin yang cedera.


Jumaat, 23/01/2009 - Beberapa penduduk Gaza cedera yang menerima rawatan di beberapa buah hospital Mesir dan telah pulang semula ke Gaza berkata pasukan keselamatan Mesir melakukan siasatan terhadap beberapa orang daripada mereka untuk mengetahui tempat membuat roket dan bagaimana senjata diseludupkan ke Gaza.

Portal berita internet Al-Jazeera melaporkan rakyat Gaza yang cedera itu berkata pasukan keselamatan Mesir melakukan siasatan dengan cara yang kasar bahkan mengugut sesiapa yang enggan bekerjasama akan sentiasa diburu dan akan dihentikan rawatan mereka di hospital-hospital Mesir.

Mereka yang cedera itu menjelaskan, setelah kecederaan yang mereka hadapi sembuh sedikit, pihak keselamatan Mesir terus melakukan soal jawab dan menuntut mereka memberikan maklumat tentang kumpulan-kumpulan jihad yang menentang Zionis. Mereka juga dituntut agar tidak lagi memberikan sokongan kepada gerakan HAMAS setelah kembali semula ke Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

Berbelas pembelot telah ditahan di tempat selamat.

Jumaat, 23/01/2009 - Menteri dalam Palestin di Gaza telah mengumumkan bahawa berbelas orang tahanan yang bersekongkol dengan Israel yang cuba memberi infomasi mengenai penentangan Palestin semasa perang telah di tahan di tempat yang selamat.

Ihad Al-Ghussein, jurucakap kepada Kementerian telah berkata bahawa pihak keselamatan tidak berhenti melaksanakan tugas mereka walaupun sewaktu perang dan menambah bahawa as Syahid Sa’eed Siyam (gambar) telah menyusun kelengkapan keselamatan mengikut pelan kecemasan sebelum kematian beliau. Ghussein menjangkakan bahawa kerajaan Palestina akan menamakan tidak lama lagi calon bagi Menteri Dalaman mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : abu raudhah

Thursday, January 22, 2009

Akhirnya ALLAH memberi kemenangan untuk HAMAS dan secara umum, seluruh umat ISLAM..Ini lah kejayaan kita..Semalam ana tidur agak lewat.Disebabkan mata yang tidak mahu dilelapkan, ana membuka TV. TV1 kalau dilihat pd tahun 2009 ni agak memperbanyakkan jadual mereka dengan berita-berita terkini..Tahniah..Namun, waktu ana melihat pagi semlm (kul 3) ana agak sedikit pelik..Begini lebih kurang begini bunyi penyampai berita itu merepek ( Mahmud Abbas, Presiden Palestin mengatakan Palestin memerlukan kewangan yang banyak untuk mmbangunkan semula PAlestin.) Pelik ana...Mereka (pihak TV1) tidak tahu , atau sengaja buat tak tau..Bukankah kepimpinan Palestin dikuasai HAMAS, maka nya yang berhak menjadi perdana menteri adalah Ismail Haneyya dan bukannya si laknat Mahmud Abbas yang munafik tu...Pelik, Pelik,Pelik. Jika dalam soal politik Malaysia pun TV1 lah yang memainkan peranan kotor, tkkan lah dalam soal umat ISLAM ni pun nak dikotorkan..Tolonglah wahai pihak TV1..Ingatlah.Berita2 yang anda smpai kan akan ditnya di sana(akhirat) kelak.Anda tahu kan bagaimana keadaannya memfitnah sesama manusia..Pikir-pikirkan lahh

Pemulihan Gaza dianggarkan lebih 2 billion.


Khamis, 22/01/2009 - Kementerian Kerja Raya Palestin di GAza menganggarkan kos pembinaan semula Gaza selepas serangan Israel mencecah 2.215 billior dolar, Dr Yousef Al-Mansi berkata demikian dalam satu sidang akhbar.

Lebih 5000 keluarga kehilangan tempat tinggal dan setiap keluarga memerlukan 10000 dolar setahun. Lebih 600 keluarga mengalami sebahagian kemusnahan teruk rumah mereka dan setiap keluarga tersebut memerlukan 5000 dolar setahun. Lebih 10000 keluarga mengalami kerosakan rumah sederhana dan setiap keluarga memerlukan 3000 dolar setahun.

Mansi berkata 20000 rumah yang musnah memerlukan 250 juta dolar sementara kos untuk membina bangunan awam, kerajaan dan kelab, dianggarkan 8 juta dolar. Sementara Lapangan Terbang Gaza memerlukan 10 juta dolar. Lebih 40 juta dolar diperlukan untuk membina kembali sekolah, universiti, tadika dan lebih 55 juta diperlukan untuk membina kilang, bengkel, dan kemudahan pertahanan awam. Lebih 55 juta dollar untuk membina sistem infrastruktur, elektrik dan pembetungan sementara 40 juta dolar diperlukan untuk membina ladang, kawasan ternakan, dan kilang pertanian.

Beliau menambah lagi sebarang peruntukan pembinaan semula Gaza haruslah diatur melalui kerajaan Palestin di Gaza dan bukannya di Ramallah yang tidak akan melaksanakannya dengan penuh amanah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous

Hamas: Israel undur kerana serangan pejuang dan semangat juang rakyat.


Khamis, 22/01/2009 - Gerakan Pejuang Islam Hamas menegaskan komitmennya dengan pilihan perlawanan sebagai landasan sebarang dialog Palestin. Hamas menegaskan bahawa projek mereka adalah pembebasan seluruh Palestin dan bukan hanya Gaza. Hamas melihat apa yang terjadi di Semenanjung Gaza sehingga perang berakhir adalah kemenangan pejuangan menuju jalan pengusiran penjajah dari seluruh tanah Palestin.

Pemimpin Hamas, Ismail Ridwan mengatakan, “Penjajah belum merealisasikan tujuan serangan yang pernah diumumkan sebelumnya. Mereka berundur akibat gempuran perlawanan dan semangat juang rakyat Palestin, bukan kerana tekanan antarabangsa atau resolusi PBB.” Beliau menegaskan bahawa penjajah Israel mengunakan cara pembohongan dan tipudaya terhadap dunia antarabangsa dan media untuk menyembunyikan kerugiannya.

Beliau mengatakan bahawa kemenangan Gaza tidak lain adalah jalan menuju al Quds dan Haifa dan Yafa, menuju Nagev dan Tebing Barat. Gaza bukan satu-satunya projek Hamas. Projek Hamas adalah Gaza dan seluruh Palestin. Hamas akan terus bertempur sehinggah penjajah berundur dan meninggalkan Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Haneyya : Semua kementerian, institusi dan pejabat kerajaan mula dibuka seperti biasa.


Khamis, 22/01/2009 - Kerajaan Palestin dipilih yang diketuai oleh Perdana Menterinya Ismail Haneyya memutuskan bermula hari ini (Rabu 21/1/2009) segala urusan di semua kementerian awam dan institusi-institusi di bawahnya akan beroperasi seperti biasa, suatu tindakan yang dianggap sebagai cabaran jelas terhadap regim Zionis yang melancarkan serangan terhadap Gaza dengan matlamat menghancurkan kerajaan HAMAS.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap kerajaan HAMAS, Tahir al-Nunu, pihak kerajaan menyeru semua pegawai agar melaporkan diri di pejabat masing-masing bermula pagi esok (Rabu). Langkah ini diambil bagi memulakan usaha untuk menghidupkan semula aktiviti kehidupan seharian dan bagi membangunkan semula apa yang telah musnah di Gaza setelah 23 hari serangan yang dilancarkan oleh musuh Zionis.

Kerajaan Ismail Haneyya menegaskan ia akan terus menjalankan tugasnya meskipun muzuh Zionis telah memusnah dan meranapkan hampir keseluruhan bangunan-bangunan kementerian kerajaannya. Universiti-universiti dan sekolah-sekolah di Gaza juga turut mengumumkan kesediaannya untuk memulakan operasinya bagi persediaan sesi pengajiannya.

Selasa lalu, satu tunjuk perasaan besar-besaran diadakan di Gaza yang disertai oleh puluhan ribu rakyat Palestin. Mereka menegaskan akan meneruskan penentangan mereka demi bumi Palestin yang dicintai. Mereka juga turut memperlihatkan sokongan mereka yang berterusan kepada gerakan HAMAS dan kerajaan Ismail Haneyya.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

Pengalaman Doktor Jordan kembali dari Gaza


Dr. Imad Al-Husaini


"Sepanjang khidmat saya menjadi doktor, saya belum pernah melihat jasad tanpa kepala dan usus terkeluar serta perut terburai di jalanan. Alhamdulillah, saya berasa gembira dapat membantu manusia yang sangat memerlukan pertolongan dari saudaranya", begitulah kata-kata dari salah seorang pasukan doktor Jordan yang dihantar ke Gaza, Doktor Imad Al-Husaini.

"Kami melihat jasad yang terkoyak dengan dahsyatnya, dan melihat mangsa yang terbakar kebanyakannya di bahagian bawah dari pusat hingga kaki, dan ini adalah musibah yang sangat hebat pernah kami lihat", katanya. Mereka terdiri daripada 7 orang doktor dari Jordan dan mesir dan mereka diletakkan di Hospital Syifa' dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

Doktor itu menceritakan bahawa beliau melihat budak berusia 14 tahun tidak mempunyai sebelah tangan dan tangan di sebelah nya lagi memegang usus. Beliau juga melihat 7 orang budak kecil serta 2 orang wanita yang sudah syahid dan terkeluar segala isi perut. Disini dapat dibuktikan bahawa serangan Israel ini memang disasarkan pada kanak-kanak dan wanita kerana tidak ada seorang pun mangsa-mangsa di hospital yang memakai pakaian askar. Jelas disini bahawa Israel adalah penipu kerana mengatakan mereka tidak menyerang wanita, orang tua dan kanak-kanak.

Doktor itu juga menjelaskan bahawa keadaan di dalam hospital itu dipenuhi oleh orang-orang yang dipenuhi cahaya keimanan. Mereka langsung tidak merintih dan menjerit, sebaliknya lebih memikirkan dan berdakwah bagaimana caranya mereka hendak menumpaskan Israel ini.

90 % Korban di Gaza Akibat Bom Fosforus


Pasukan doktor dari Jordan yang kembali dari Jalur Gaza, mengadakan sidang akhbar dan menjelaskan bahawa 90% korban yang luka dan meninggal adalah akibat bom fosforus putih yang digunakan oleh tentera Israel dalam perang yang lalu. Anggota pasukan doktor Jordan lebih lanjut menegaskan, menurut Konvensyen Geneva bom foforus putih termasuk dalam jenis senjata yang dilarang untuk digunakan dalam perang. Zionis-Israel sudah melanggar arbitrasi antarabangsa dan melakukan jenayah perang.

Pernyataan pasukan doktor Jordan yang menegaskan penggunaan senjata fosforus putih yang dilarang oleh konvensyen Geneva itu, disahkan oleh pakar kesihatan dari Norway, yang sudah bertugas di Afghanistan, Lebanon, dan terakhir di Gaza. Dari penelitian yang dilakukan oleh para ahli kesihatan dari Norway itu menunjukkan Israel menggunakan jenis senjata yang bukan konvensional, dan senjata yang dilarang oleh konvensyen antarabangsa. Doktor dari Jordan itu juga menyebutkan bahawa ahli kesihatan dari Norway itu telah mengambil contoh dari mangsa yang berada di rumah-rumah sakit, yang akan menjadi dokumen, serta bukti-bukti akan adanya pelanggaran dan jenayah perang yang dilakukan Israel di Gaza.

Sementara itu, pasukan itu telah mengumpulkan sejumlah contoh dari rumah-rumah sakit yang ada di Gaza, dan dari diagnosis itu, memang membuktikan tentera Zionis-Israel telah menggunakan fosforus putih dalam perang di Gaza. Dari luka-luka mangsa yang diakibatkan oleh bom fosforus putih itu sudah dibuktikan oleh pasukan doktor Jordan. Dr.Zuhair Abu Fares, Ketua Kerjasama Doktor, mengirimkan tim delegasi ke Gaza buat ketiga kalinya untuk menyelidiki lebih jauh akibat perang yang terjadi di Gaza, serta penggunaan senjata kimia, serta jenis senjata lainnya dalam perang.

“Kemarin, kami melihat di jalan, dan di tempat lainnya, adanya bukti-bukti fosforus putih”, ujar Christopher Cobb-Smith. “Fosforus putih itu tidak pernah digunakan di wilayah penduduk awam”, tambahnya. Amnesty Internasional, yang melakukan kunjungan ke Gaza, dan mendatangi rumah-rumah penduduk, dan menemukan bukti-bukti adanya penggunaan senjata bom fosforus putih. Israel menurut para pakar undang-undang, yang melakukan kunjungan ke Gaza, juga menyimpulkan Israel telah melakukan jenayah perang ‘war crime’.

Di bahagian lain, Presiden Lembaga Kemanusiaan IHH, Fahmi Bulent Yildirin telah membuka cawangan di Gaza, dan acara pembukaannya dihadiri Menteri Kesihatan, Dr.Basem Naim serta anggota parlimen Jamal al-Khudari. Naim menyampaikan terima kasih kepada rakyat Turki, yang memberikan dukungan penuh kepada rakyat Palestin, yang menghadapi agresi militer Israel selama 23 hari, dan Ankara telah mendukung perjuangan rakyat Palestin. Selanjutnya, Dr.Naim ingin meningkatkan kerjasama ‘persaudaraan’, yang lebih kukuh antara rakyat Palestin dan Turki. ‘Hubungan persaudaraan’ ini diharapkan semakin meningkat di masa mendatang.

Yildirin sangat prihatin melihat kehancuran yang dialami rakyat Muslim Gaza. Lembaga yang kemanusiaan yang dipimpin Yildirin, berjanji akan membantu pembangunan kembali wilayah Gaza,yang sudah menjadi korban agresi Israel. Presiden Lembaga Kemanusiaan IHH itu, merencanakan membangun rumah yang moden di Gaza. Lembaga IHH yang dipimpin oleh Yildirin, berjanji memberikan bantuan kepada tiap-tiap penduduk Gaza, yang rumahnya hancur akibat agresi militer Israel, sebanyak 2000 dolar. (m/pic)

sumber

Wednesday, January 21, 2009

Nasrallah mengucapkan tahniah kepada Mishaal atas kemenangan Hamas.


Rabu, 21/01/2009 - Hassan Nasrallah, ketua setiausaha bagi parti Labenon, Hizbullah telah mengucap tahniah kepada Khaled Mishaal, pemimpin Gerakan Hamas di atas keberanian penduduk Palestin dalam menghadapi pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza.

Nasrallah dalam satu perbualan telefon menyatakan kekagumannya di atas ketabahan penduduk Palestin dalam memperjuangkan maruah mereka dan menunjukkan bahawa tentera Israel telah berjaya ditewaskan buat kali kedua dalam tempoh dua tahun setengah di mana yang pertama adalah pada Julai 2006 di Lebanon.

Ketua setiausaha itu mengumumkan rasa penghargaannya kepada “legenda-legenda berani” dengan mempamerkan kesemua pahlawan-pahlawan Palestin yang telah berkorban menyelamatkan tanah air mereka, yang diketuai oleh Qassam Brigades, sayap bersenjata Hamas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Nurul

Gaza: Puluhan ribu menyertai perarakan gergasi.

Rabu, 21/01/2009 - Berpuluh ribu rakyat Palestin di Gaza telah keluar waktu tengahari Selasa(20/1/2009) ke perarakan besar yang di anjurkan HAMAS untuk merayakan kemenangan.

Perarakan itu bermula selepas solat Zohor, apabila berpuluh ribu penduduk Palestin mula keluar dari semua daerah di Gaza untuk menyertai perarakan gergasi itu, semata-mata bertujuan menyampaikan pesan dan ucapan sesama mereka selepas perang yang berlaku di Gaza selama 3 minggu.

Perarakan itu berjalan dari sekolah El-Fakhurah di Mukhayyam Jabaliya, di barat Gaza, tempat mulanya penyembelihan berlaku, mengorbankan 45 orang dan 150 yang lain cedera, perarakan besar itu kemudiannya menuju ke rumah pimpinan HAMAS yang syahid Dr. Nizar Rayyan yang dibedil bersama-sama dengan keluarganya

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : ibnu_nashr

Israel menjangkakan dalam tempoh setahun lagi roket Hamas akan menjangkau Tel Aviv

Rabu, 21/01/2009 - Anggota “Knesset” Israel, Avigdor Liberman, yang juga ketua parti “Yasrael Betna”, memberi komen bahawa serangan militan Israel di Gaza belum menghancurkan Hamas sebaliknya menjadikan Hamas semakin berpengaruh di Palestin.Beliau menyatakan mungkin tidak lama akan ada kejutan apabila Ramallah pula jatuh ke tangan Hamas.

Liberman melihat gerakan Hamas tidak akan terus lemah. Namun akan menjadi lebih baik dari Hizbullah dalam tempoh setahun. Hamas akan memiliki ratusan roket yang mampu menjangkau hingga ke tengah Tel Aviv dan mengempur pejabat pemerintah Israel.

Sementara itu seorang penganalisis politik Israel yang rapat dengan pihak berkuasa Israel menyatakan bahawa sebab utama yang mendorong Israel menghentikan perang di Semenanjung Gaza adalah kerana “penat” dan “keletihan”.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Tuesday, January 20, 2009

Beginilah Perlakuan Para Pemimpin Arab Hari Ini


Belum lepas dari ingatan kita, bagaimana keras kepala dan keras hatinya para pemimpin Arab melihat tragedi di Gaza Palestin. Mesir yang paling dekat dengan perbatasan Gaza sampai saat ini pun belum dan tidak mahu membuka perbatasannya di Raffah. Begitu juga dengan Jordan, mereka secara geografinya termasuk yang dekat dengan Gaza, hanya kerana terikat perjanjian dengan Israel – mereka sanggup membiarkan saudara-saudara muslimnya di Gaza terbantai oleh Zionis Israel. Adik-beradik dengan Arab Saudi, alih-alih menunjukkan sikap yang tegas terhadap aksi holocaust Israel di Gaza, untuk menghadiri KTT di Doha pun mereka enggan.

Mungkin gambar-gambar di bawah ini bisa memberikan penjelasan atas sikap kepala batu nya para pemimpin Arab melihat tragedi di Gaza.

Dari kiri, Raja Abdullah (Saudi), Menteri Luar Arab Saudi, Saud Al-Faisal, Raja Abdullah (Jordan), George Bush

Menlu Israel Tzipi Livni bersalaman mesra dengan Presiden Husni Mubarak (Mesir)

Mahmud Abbas (Fattah) berjabat tangan mesra dengan Menteri Luar Israel Tzipi Livni

George Bush, Ehurt Olmert dan Husni Mubarak saling mempersilakan

Raja Abdullah (Saudi) bergandingan tangan akrab dengan George Bush

Senyum saudara kembar, Ehurt Olmert dan Husni Mubarak

Raja Abdullah (Saudi) saling berbalas cium dengan George Bush

Jadi wajar kalau para pemimpin Arab sangat pengecut menghadapi Zionis Israel dan tidak tegas dalam menentang agresi dan holocaust yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Kita berdoa bersama semoga para pemimpin Arab dan semua pemimpin Muslim terbuka hatinya melihat tragedi kemanusiaan ini. Dan semoga mereka tidak lupa dengan firman Allah SWT :

"Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin....."(Ali-Imran[3]:28)

(fq/berbagai sumber)

su

Rekod Cemerlang HAMAS Sepanjang Perang Gaza


Pada pukul 10.30 waktu Mesir 19 Jan 09 telah diadakan sidang media oleh Briged Qassam yang diwakili oleh Abu Ubaidah. Ini diantara butir-butir dalam sidang media tersebut:

80 TENTERA ISRAEL YANG TERBUNUH (PALING KURANG)

49 DIBUNUH SECARA SECARA LANGSUNG.

48 SYAHID DIKALANGAN PEJUANG BRIGED QASSAM

MENJATUHKAN PESAWAT PENINJAU TANPA PILOT

MENEMBAK 4 HELIKOPTER

MEMUSNAHKAN 47 KERETA KEBAL DAN KENDERAAN TENTERA

MELANCARKAN 980 ROKET DAN MISIL KEARAH BANDAR-BANAR ISRAEL

TIDAK ADA SEORANG PUN DIKALANGAN PEJUANG YANG DITANGKAP.

MELETUPKAN 79 BOM KE ARAH TENTERA ISR
AEL.

MENEMBAK HENDAP 53 ORANG TENTERA ISRAEL

MELANCARKAN 12 SERANGAN HENDAP

BERTEMPUR SECARA BERDEPAN 19 KALI

MENAWAN TENTERA-TENTERA ISRAEL SEBANYAK 2 KALI DAN SEMUA TENTERA YANG DITAWAN SUDAH DIBOM OLEH JET PEJUANG ISRAEL

BERJAYA MELANCARKAN SATU SERANGAN BERANI MATI DI ATAS KERETA KEBAL ISRAEL.

MENGHENTIKAN SERANGAN (setelah 13 jam Israel mengistiharkan genjatan senjata sebelah pihak) DAN MEMBERI MASA SEMINGGU KEPADA TENTERA ISRAEL UNTUK KELUAR DARIPADA BUMI GAZZA.

Mereka telah menyatakan kejayaan m
ereka dalam peperangan dengan tentera Israel. Ini kerana mereka berjaya memusnahkan mekanisma ketenteraan Israel dan menundukkan Israel untuk keluar secara berperingkat. Adapun Israel tidak mencapai matlamat mereka untuk menghapuskan Hamas. Malahan Abu Ubaidah mengatakan amat sedikit kerugian yang mereka alami dalam peperangan ini.

Abu Ubaidah berkata 23 masjid telah dimusnahkan keseluruhannya oleh Israel dengan ala an ia tempat persembunyian para pejuang. Beliau menafikan pejuang bersembunyi di masjid walau sebuah pun. Bila ditanya tentang pihak keamanan antarabangsa yang hendak menghalang senjata2 diseludup ke pada mereka, beliau menjawab:
"
ليفعلوا ما شاؤوا، فإدخال السلاح الطاهر وصناعة السلاح المقاوم هو مهمتنا، ونعرف جيدا كيف ندخله".

“Buatlah apa yang mereka mahu, mendapatkan senjata yang bersih dan membuat senjata pejuang adalah tugas kami. Kami amat mengetahui bagaiman untuk mendapatkannya.”

Ulasan: Pasukan briged Qassam dan briged-briged yang lain telah mencapai matlamat mereka iaitu menghalau Israel dr bumi. Adapun Israel tidak berjaya kerana gagal mencapai matlamat mereka. Kenyataan ini disokong dengan kenyataan Parti Likud (Israel)yg mengatakan tentera Israel tidak mencapai matlamat mereka dan mereka perlu meneruskan serangan terhadap hammas. Kemenangan ini disifatkan oleh Ismail Haniah sebagai kemenangan ketuhanan (intisor rabbani) dan ianya dimiliki oleh semua orang Islam.

Kekuatan ketenteraan pejuang hamas tidak terjejas melainkan sedikit. Tidak ada sorang pejuang pun yang ditangkap. Tentera Israel hanya menangkap orang awam sahaja. 1300 manusia (sehingga saat artikel ini ditulis) yang dibunuh adalah orang awam yang mana 410 dari jumlah tersebut dikalangan kanak2 dan 104 dikangan wanita. Kemusnahan secara besar-besaran hanya pada bangunan awam dan rumah penduduk bukannya pada kekuatan ketenteraan pejuang Palestin.

Abu Ubaidah menyifatkan kekuatan roket mereka tidak terkesan dengan peperangan selama 22 hari tersebut. Ini kerana kekuatan mereka sangat besar seperti yang dinyatakan oleh pakar ketenteraan Sofwat Zayyat bahawa al-Qassam memiliki puluhan ribu tentera dan tidak kurang 5000 roket. Semoga para pejuang Palestin tetap teguh melawan kezaliman tentera Israel. Sabda Nabi saw:

لا تزال طائفة من أمتي على الحق ظاهرين ، لعدوهم قاهرين ، لا يضرهم من جابههم ، إلا ما أصابهم من لأواء حتى يأتي أمر الله وهم على ذلك.)) قالوا : وأين هم يا رسول الله؟ قال (( ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس


Maksudnya: “Sekumpulan dari kalangan ummatku akan mempertahankan kebenaran, mereka mengalahkan musuh2 mereka dan orang2 yang menenteng mereka tidak dapat mengalahkan mereka dan mereka hanya mendapat sedikit kerosakan sehinggalah datangnya kiamat mereka tetap dalam keadaan demikian.” Para sahabat bertanya “Dimanakah mereka hai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Di Baitul Maqdis dan disekelilingnya.” (Hr Abdullah bin Ahmad dan Thabrani – para perawinya thiqah)

Semoga kita tetap terus memberikan doa, infaq dan boikot untuk mereka. Jangan hangat2 tahi himar je. Doa, infaq dan boikot dulu, kini dan selamanya.Yang lebih utama kita menjadi tonggak-tonggak Islam yg berilmu, beramal dan ikhlas. Bukan sekadar penyokong kerana itu hanya lah buih2 yg lemah. Tonggak Islam mestilah berilmu sebanyak mungkin, mengamalkan segala ilmu Islam dan menyebarkan dan memperjuangkan ajarannya sehingga nafas terakhir.

Rujukan: Siaran tv Al-Jazeera, laman web al-Jazeera, buku al-Quds qadiyyah kullu muslim oleh Qardawi.

Al-Qassam: Kami berjaya membunuh 80 tentera dan telah melancarkan 980 roket dan menawan beberapa orang tentera.


Selasa, 20/01/2009 - Briged Al-Qassam(sayap kanan ketenteraan HAMAS) telah membuat kenyataan bahawa mereka dapat bertahan di dalam peperangan yang berlanjutan selama 22 hari dan menentang Zionis habis-habisan, ditambah kejayaan membunuh 80 tentera Zionis.

Abu Ubaidah, jurucakap Briged itu dalam kenyataan akhbarnya semalam Gaza(19/1/2009) ” Sepanjang peperangan ini operasi-operasi yang kami jalankan berjaya membunuh 49 tentera Zionis dengan dan mencederakan beratus-ratus lagi, itu adalah jumlah yang tidak termasuk serangan dari mortar dan sniper yang dijalankan oleh Al-Qassam. Jumlah kejayaan dari operasi-operasi itu telah menumbangkan tidak kurang dari 80 orang tentera di medan perang..” beliau juga di dalam kenyataannya semalam mencabar Zionis untuk menyatakan kerugian yang dialami mereka.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : ibnu_nashr

Terkini : Beberapa tentera rejim Zionis telah ditawan Hamas.


Selasa, 20/01/2009 - TV Israel hari ini mengesahkan beberapa tentera Zionis telah ditawan oleh Hamas. Kejadian berlaku apabila mereka sedang bertempur di Gaza. Namun terdapat tawanan yang mati apabila mereka terkena tembakan tentera Zionis-Israel ketika mana pertempuran masih terus berlaku.

Menurut Abu Ubaidah wakil Hamas, tentera Zionis terbunuh terkena serangan Zionis-Israel sebelum mereka sempat disembunyikan. Menurutnya lagi, sebanyak 2 kejadian yang menyebabkan Zionis-Israel tertawan. Kejadian pertama berlaku sedang kedua pihak bertempur di perkampungan Tufah dan yang ke 2 berlaku di Jabalia.

Dalam 2 kejadian itu, seramai 3 pejuang Hamas yang turut terbunuh(syahid). Mereka ialah Muhammad Farid Abdullah, Muhammad Abdullah Ubaid dan Eyad Hasan Ubaih.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu Awatif

Penganalisis Politik: Hamas akan menang dan pendokongnya lebih kuat daripada Abbas.

Selasa, 20/01/2009 - Penganalisis politik dari Universiti Carnegie Washington, Dr. Umar Hamzawi menegaskan, Hamas akan muncul sebagai pemenang dalam perang Gaza manakala pendokongnya akan lebih kuat daripada Mahmud Abbas.

Dalam diskusi yang bertajuk “Pemerintah Baru Amerika dan Masalah Arab” yang diadakan oleh Persatuan Doktor Mesir di Kaherah, Ahad (18/1) beliau mengatakan, masalah Palestin akan akan ditentukan oleh kerajaan baru Amerika yang dipimpin Barack Obama, dengan beberapa sebab. Contohnya, walau bagaimana dahsyatnya jenayah perang di Gaza, Obama lebih senang memperkatakan isu Iraq dan Afganistan. Ini kerana baginya isu Gaza sudah ditangani pihak Eropah dan tidak ada pandangan umum di Amerika berkait masalah Gaza.

Hamzawi menyakini bahawa pemerintah Amerika mempunyai krisis tersendiri dengan Hamas. Apakah mereka akan memperlakukan Gaza sebagai pihak berkuasa (yang telah diberi mandat oleh rakyat melalui pilihanraya yang sah) atau sebagai gerakan terroris atau sebuah gerakan yang mempunyai sokongan kuat dari masyarakat yang tidak mudah diperlekehkan. Beliau menegaskan bahawa Hamas adalah kumpulan yang dapat memberikan perimbangan terhadap Amerika yang tidak boleh dipandang sebelah mata.

sumber : COMES
penterjemah : osman

Monday, January 19, 2009

Ulama Yahudi- Dizinkan Bunuh 1 Juta Orang Palestin


Sebuah laporan yang dikeluarkan oleh akhbar Saudi Al-Watan yang disiarkan, Sabtu, seorang Rabbi Yahudi-Zionis telah mengeluarkan maklumat yang mengizinkan membunuh perempuan dan anak-anak Palestin. Dan, menurut Rabbi itu, setiap orang Yahudi akan membebaskan mereka dari setiap tuduhan atas tindakan yang mengerikan itu bagi mereka yang sudah melakakukan kejahatan pembantaian terhadap orang Palestin.

Menurut akhbar Al-Watan, Rabbi itu menegaskan pandangannya, bahawa pembantaian Israel di Jalur Gaza jatuh sudah sesuai dengan ajaran agama Yahudi yang menganggap pembantaian seperti itu sebagai: " Bentuk hukuman kepada musuh".
Dalam kesempatan itu, pemimpin Rabbi Yahudi menyatakan bahawa tak akan ada masalah sama sekali dalam hal pembantaian terhadap orang Palestia , dan bahkan jika satu juta atau lebih dari mereka mati di tangan pasukan pendudukan Israel, itupun tidak ada masalah, ujar Rabbi itu.

Rabbi, Mordachi Elyaho, yang mengutip ayat dalam Kitab Talmud, yang merupakan pedoman dari agama yang sekarang popular di kalangan Yahudi-Zionist, dan Rabbi Mordachi telah mengirimkan pula surat kepada Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, yang menjadi selebaran mingguan, yang berisi artikel yang memungkinkan orang-orang Yahudi, melaksanakan gagasan besar , tentang hukuman terhadap musuh sesuai dengan etika perang dalam Taurat.

"Pandangan Rabbi Mordachi telah diterapkan terhadap penduduk Gaza, dan orang Palestin yang tinggal di Gaza harus menanggung akibatnya, dan mereka semua harus memikul tanggung jawab, karena mereka tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan serangan roket yang dilakukan Brigade al-Qassam" kata Elyaho, dalam suratnya ke Olmert. Rabbi Yahudi, Mordachi meminta pemerintah Israel, terutama Olmert melanjutkan agresi militer ke Gaza. Karena menurut Mordachi, semua tindakan yang dilakukan oleh pemerintah Perdana Menteri Olmert, yang bertujuan untuk : "Menghancurkan orang-orang Palestin yang sudah bersalah, merupakan tindakan yang sah”.
Yesrael Rozin, seorang panganut Talmud yang fanatik, seperti dikutip juga mengatakan bahawa hukum Taurat menetapkan pembunuhan laki-laki, anak-anak, perempuan, tua, bayi, danhaiwan [dari musuh], tambahnya.

Mengutip bahagian dari Kitab Talmud, Rabbi Sholomon Elyaho menyatakan : "Jika kita membunuh 100 orang Palestin, tetapi orang Palestina itu tetap menolak untuk menghentikan serangan roketnya, kita harus membunuh orang Palestin 1000, dan jika kita membunuh orang Palestin 1000, tetapi orang Palestin tidak menghentikan serangan roketnya ke Israel, maka kita harus membunuh 10.000 orang Palestin, dan kami harus terus membunuh orang Palestin, meskipun jumlah orang Palelstina yang dibunuh sudah mencapai satu juta, dan waktu mesti dihabiskan membunuh orang-orang Palestin ", tegas Rabbi Sholomon

Dalam Mazmur (Old Testament) mengatakan: " Aku mesti terus membunuh musuh dan menangkap mereka, dan aku tidak akan berhenti sampai mereka benar-benar habis ", menurut Talmud. Jadi, orang-orang Zionis-Israel, tidak akan pernah berhenti membunuhi orang-orang Palestin. Mereka akan terus membunuh dan membunuh, sampai orang Palestin habis. Ini sudah menjadi keyakinan mereka.

Kenali Helikopter Apache Israel


Helicopter-64 Apache

AH-64 Apache adalah helikopter tempur tentera Amerika yang dapat digunakan dalam berbagai-bagai keadaan cuaca dan merupakan helikopter tempur utama yang digunakan Amerika. AH-64 merupakan helikopter 2 mesin dengan 4 bilah utama dan ekor berotor. AH-64 memiliki dua awak pesawat yang duduk secara tandem. Senjata utama AH-64 adalah 30 mm M230 senapan mesin, dan helikopter ini juga dapat membawa campuran RUPS-114 Hellfire dan 70 roket Hydra pada empat posisi yang terpasang pada sayap pylons .

Angkatan Udara Israel menggunakan Apache untuk menyerang berbagai sasaran dengan peluru kendali. AH-64A yang menyerang dan memusnahkan puluhan pos-pos pertahanan Hizbullah Lebanon pada tahun 1990-an, dan dapat menyerang dalam berbagai keadaan cuaca dan malam hari. Selama Al-Aqsa Intifada, Israel menggunakan Apache untuk membunuh tokoh senior Hamas, seperti Syeikh Ahmad Yasin dan Adnan al-Ghoul serta Abdul Aziz Arrantisi, dengan peluru berpandu.

Armament:

Guns: 1 x M230 30 mm (1.18 in) cannon, 1,200 rounds Rockets: Hydra 70 FFAR rockets Missiles: combination of AGM-114 Hellfire, AIM-92 Stinger, AIM-9 Sidewinder.

Dalam konflik Israel-Lebanon 2006, dua helikopter AH-64A tertembak, membunuh 1 pilot dan melukai 3 orang, dan semuanya kritikal.

Dan pada invasi Israel ke Gaza saat ini, Brigade Izzuddin Al-Qassam (sayap militer Hamas) mengumumkan, berhasil menembak jatuh helikopter militer Israel ketika Israel mengerahkan tentera simpanannya ke Jalur Gaza.

MQ-1 Predator

MQ-1 Predator adalah sebuah pesawat tempur udara tanpa pemandu (UAV) . MQ-1 di deskripsikan sebagai MALE (medium-altitude, long endurance) UAV sistem. Dapat digunakan sebagai pesawat mata-mata , dan juga dapat membawa dan menggunakan dua AGM-114 Hellfire missiles. Pesawat terbang tak berawak ini telah digunakan sejak tahun 1995, dan telah bertempur di perang Afghanistan, Bosnia, Serbia, Irak dan Yaman. Pesawat ini adalah pesawat yang dikendalikan menggunakan remote control.

Negev Commando

Negev adalah senapan mesin ringan Israel kaliber 5,56 mm, yang dikembangkan oleh Israel Military Industries Ltd (IMI) dari Ramat HaSharon (sekarang Israel Weapon Industries), sebagai pengganti senapan mesin ringan untuk 5,56 mm Galil ARM. Senjata ini dikembangkan pertama kali pada tahun 1985, dan lima tahun kemudian di produksi dan diperkenalkan pada Angkatan Pertahanan Israel (IDF).(fq/iol/wiki/daily)


MESTI BACA! Komen Artis2 Hollywood Tentang Perang Gaza


Kempen ganas Israel terhadap Jalur Gaza telah membuka mata semua orang di dunia. Tak terkecuali artis-artis Hollywood. Ada yang mengutuk namun juga ada yang mendukung. Namun kebanyakan dari mereka menyumpah Israel. Tak sedikit dari mereka yang turun langsung memberikan bantuan dan melakukan aksi. Minggu ini pemuzikMichael Heart menciptakan lagu We Will Not Go Down, yang seluruh hasil penjualannya diserahkan kepada rakyat Palestin. Berikut ini komentar artis-artis Hollywood atas pembantaian yang terjadi di Gaza.

“Orang Arab adalah sumber terorisme di dunia yang ada sekarang ini. Mereka menyerang orang tanpa menyisakan satu orang pun. Saya harap Israel menghancurkan mereka.”

TOM CRUISE - (Mission Impossible, The Last Samurai)

*Satuumat- Orang gila ini beragama Sciencetology. Semoga negara-negara Islam memboikot filem-filemnya.

“Keduanya, baik Palestin ataupun Israel, salah. Mereka mesti menghentikan perang ini.”

WILL SMITH - (Ali, Men In Black)

*Boleh tahan le walaupun masih tak betul anggapannya. Maklumlah... cari makan.

“Bush, Sharon, Blair, dan Rice adalah nama-nama yang akan dikutuk sejarah sepanjang masa.”

GEORGE CLOONEY - (Ocean's Eleven, Batman & Robin)

*Satuumat-Hidup Batman!

“Bangsa Arab dan orang Islam bukan teroris. Dunia harus bersatu melawan Israel.”

ANGELINA JOLIE - (Lara Croft)

*Satuumat- Tak sia-sia Tuhan anugerahkan bibir tercantik kepadamu kerana sekurang-kurangnya engakau melafazkan kata-kata yang indah ini.

“Bangsa Arab hanya parasit untuk dunia ini, dan mereka mesti ditumpaskan habis.”

RICHARD GERE - (Pretty Woman)

*Satuumat- Kalau engkau mati ditembak oleh pengganas satu hari nanti, faham-faham sajalah.

“Kita selama ini hanya berkata dari sudut pandang yang mempunyai kekuatan, bagaimana kalau kita ada di posisi yang lemah?”

SEAN CONNERY - (James Bond)

“Zionis adalah sumber kehancuran. Saya berharap saya dapat melawan mereka.”

MELL GIBSON - (Lethal Weapon, Brave Heart)

*Satuumat- Sikapmu yang menentang kezaliman AS dan Britain sangat dihargai. Semoga Islam menjadi pilihanmu.

“Coba pelajari sejenak sejarah Yahudi, maka anda akan tahu, siapa yang sebenarnya PENGGANAS.”

AL PACINO - (The Godfather)

*Satuumat- Bagus, engkau nampaknya seorang yang berpelajaran tinggi.

“Kemanusiaan akan dapat ditegakkan di dunia jika negara Israel sudah berdiri.”

DUSTIN HOFMAN - (Tootsie)

*Satuumat-Beginilah cakap-cakap orang tak ada pelajaran dan kesedaran.

“Kita sekarang hidup di zaman di mana yang kuat memakan yang lemah. Kita tak lebih baik daripada bangsa Arab.”

RALPH FIENNES (Shakespeare In Love)

“Jika bangsa Arab kuat, mereka akan menghancurkan dunia. Maka sekarang, kita harus menghancurkan mereka.”

KEANU REEVES - (Speed, Matrix)

*Satuumat- Ada betulnya juga kata-katamu ini jika yang ditujukan itu ialah kepada pemimpin-pemimpin Arab hari ini.

“Bangsa Arab lebih hina daripada binatang, dan kita Yahudi adalah bangsa terpilih. Tak ada lagi pertanyaan mengenai hal itu…”

HARRISON FORD - (Indiana Jones, Air Force One)

*Satuumat- Yah, bangsamu memang dipilih untuk menjadi bahan bakar api neraka jahannam.

67 buah sekolah telah dibedil sepanjang 23 hari serangan rejim Zionis.


Isnin ,19/01/2009 - Pusat hak asasi manusia Al Mizan melaporkan bahawa sepanjang 3 minggu kempen penyerangan Gaza, tentera yahudi telah membedil lebih dari 67 buah sekolah termasuklah 36 sekolah dibawah kelolaan UNRWA. Dalam satu kenyataan yang diterima oleh PIC, Al Mizan melaporkan bahawa tentera yahudi telah mengebom sekolah kelolaan UNRWA walaupun lokasi tersebut menjadi tempat perlindungan rakyat Gaza yang melarikan diri dari serangan bom tentera yahudi.

Selain itu, van-van kepunyaan UNRWA juga turut menjadi mangsa pengeboman. Kenyataan tersebut turut menggariskan bahawa serangan-serangan tersebut adalah sengaja dilakukan dan tidak ketinggalan markas UN di Gaza serta stor penyimpanan makanan juga turut menjadi sasaran pengeboman.

Kenyataan tersebut turut menggariskan bahawa serangan-serangan tersebut adalah sengaja dilakukan dan tidak ketinggalan markas UN di Gaza serta stor penyimpanan makanan juga turut menjadi sasaran pengeboman.
Al Mizan juga melaporkan bahawa pada hari ke 10 serangan, tentera yahudi telah mengebom sekolah UNRWA di Beit Lahiya yang menjadi lokasi perlindungan 1800 penduduk awam dengan bom kimia fosforus putih yang mengakibatkan kematian 2 kanak-kanak dan mencederakan ibu kanak-kanak tersebut yang kehilangan sebelah tangan dan sebelah kakinya.

Al Mizan merayu kepada UNRWA dan UN agar menghukum pemimpin-pemimpin Israel yang bertanggungjawab dalam melakukan jenayah perang ini selari dengan undang-undang antarabangsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : dakwatuna

‘Gencatan Senjata’ Israel agenda tersembunyi Amerika.


Isnin ,19/01/2009 - Sejurus sebelum pengumuman ‘gencatan senjata’ Israel pada hari Sabtu, Menteri Luar Israel Tzipi Livni menerima jaminan bertulis daripada Setiausaha Amerika Condoleezza Rice mengatakan pihak Amerika akan meningkatkan kerjasama ketenteraan dan maklumat risikan untuk membantu Israel dalam operasi ketenteraan terhadap Palestin.

Sebelum ini Amerika hanya terlibat dalam konflik dengan bantuan peralatan tentera dan kewangan setiap tahun namun pada kali ini pihak Amerika menawarkan apa sahaja bantuan demi merealisasikan hasrat Israel untuk menghadapi pejuang Palestin terutamanya Hamas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous