Thursday, January 15, 2009

10 Tentera Israel Dihukum kerana Simpati Akan Palestin



Sepuluh tentera simpanan Israel menolak untuk ditugaskan dalam perang di Gaza sebagai protes atas pembantaian yang dilakukan pasukan Israel terhadap anak-anak dan kaum wanita Gaza dalam kempen ganas Isarel ke wilayah itu.

Pejabat Berita Ma'an melaporkan, seorang asakar simpanan Israel bersama satu unitnya menolak daripada bergabung dengan pasukan yang melakukan serangan darat ke Jalur Gaza. Askar-askar itu memilih dipenjara selama 14 hari kerana menolak tugas daripada terpaksa ikut melakukan serangan brutal ke Gaza.

Sepuluh askar dalam unit tersebut mengatakan, mereka tidak mahu ambil bahagian dalam perang yang telah membunuh hampir 1,000 orang awamil di Gaza, termasuk wanita dan anak-anak dan untuk itu mereka siap diadili dengan tuduhan melanggar perintah.

"Kita sudah membunuh 900 rakyat Palestin dalam 17 hari, termasuk ratusan anak-anak. Jika kekerasan yang harus digunakan, kekerasan itu selayaknya digunakan seminimal mungkin, tapi itu tidak dilakukan," kata No'em Levna, salah seorang perajurit Israel berpangkat leftenan muda yang menolak ditugaskan ke Jalur Gaza.

"Membunuh orang awam tak berdosa, tidak boleh dibenarkan. Tak ada satupun yang membenarkan tindakan semacam itu. Perbuatan itu adalah perbuatan jahat," tegasnya.

Levna menambahkan, apa yang dilakukan militer Israel semata-mata hanya bentuk arogansi Israel yang dipaksakan sebagai tindakan yang logik. "Israel mengatakan, 'jika kita berhasil menghancurkan lebih banyak, semuanya akan baik-baik saja'. Tapi kebencian dan kemarahan yang kita tanam di Gaza, akan berbalik pada kita," tegas Levna.

Inilah pertama kalinya sejumlah tentera Israel menolak dilibatkan dalam agresi massif yang dilakukan militer Israel ke Gaza. Para askar itu lebih rela dipenjara daripada mengikuti perintah membunuh penduduk awam tak berdosa di Palestin.

No comments:

Post a Comment