Thursday, January 15, 2009

Fakta serangan dan pengeboman Israel.



1) Tawwam
2) Jabaliya
3) Hayyu Tufah
4) Hayyu Zaitun
5) Tel-Hawa
6) Syeikh Ajlain

Kawasan yang dinyatakan di atas adalah merupakan benteng pertahanan yang di kawal rapi oleh pejuang Palestin. Kawasan-kawasan tersebut adalah melingkungi bandar Gaza. Boleh dikatakan sebagai pelindung kepada bandar Gaza. Di kawasan ini juga pejuang-pejuang Palestin akan menyelaraskan setiap maklumat dan tindakan bagi menghadang kemaraan tentera darat Israel.

Kawasan yang terlalu sengit menerima serangan Israel adalah Jabaliya, Hayyu Tufah dan Hayyu Zaitun.

Kawasan yang menjadi pertahanan utama(berhadapan sempadan Gaza-Israel), selatan Jabaliya) adalah Azbah Abd Rabbuh, bagaimanapun pasukan tentera darat Israel telah melepasinya. Di kawasan ini, pejuang-pejuang Palestin akan melakukan serangan hendap.

Kawasan pertahanan utama di bahagian utara adalah Beit Lahiya, di timur pula Beit Hanoun. Dua kawasan ini juga telah dilepasi oleh tentera Israel. Bukan bermakna setiap kawasan yang telah dilepasi tentera Israel tiada pejuang yang mengawal, bahkan ada. Kemungkinan terlalu sengit dibom dan bedilan, dilepaskan ke kawasan lain. Dari semasa ke semasa, pejuang Palestin akan mengikuti setiap pergerakan tentera Israel bagi melakukan serangan mengejut.

Setiap hari, enam kawasan yang telah disebutkan di atas menjadi tumpuan serangan tentera Israel yang disokong pesawat tempur, helikopter apache, bot-bot perang, dan artileri Israel bagi melemahkan pejuang-pejuang. Bagaimanapun, pejuang-pejuang yang berada di enam kawasan tersebut disifatkan penentang yang amat dahsyat kepada pasukan Israel. Israel juga tidak mampu menceroboh ke pertengahan bandar Gaza kerana pejuang-pejuang ini akan mengawal rapi. Pernah pasukan tentera Israel terpaksa berundur ekoran gasakkan yang terlampau dahsyat, bahkan mara semula setelah pesawat tempur, apache dan artileri membuka laluan.

Tulisan di atas hanya memfokuskan sebahagian daripada serangan Israel dan kawasan-kawasan di utara Gaza.

No comments:

Post a Comment