Monday, January 12, 2009

Di manakah Salahuddin umat abad ini?


Sekali lagi bumi bertuah ini disirami darah insan yang tidak berdosa. Tentera pengganas Yahudi sudah bergerak masuk ke dalam bandar Gaza untuk memulakan siri kekalahan bagi entiti Zionis. Jurucakap HAMAS menyambut kemaraan askar-askar pengecut ini dengan menjanjikan bahawa Gaza akan bertukar menjadi tanah perkuburan Yahudi. Serangan Israel kali ini menunjukkan tanda-tanda berakhirnya hayat mereka.

Setelah dunia yang kononnya menegakkan prinsip demokrasi menafikan kejayaan HAMAS yang memenangi pilihanraya Palestin 2006; sekali lagi kuasa besar yang diketuai Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah membutakan mata akan apa yang sedang berlaku di Selatan Palestin itu. Bahkan menggunakan kuasa vetonya untuk membatalkan usul tergempar yang dibawa oleh Liga-liga Arab di Majlis Keselamatan PBB dalam mengutuk serangan tidak berperi kemanusiaan di Gaza. Bertambah pelik, dunia Arab (baca: kerajaan Arab) masih lagi bisu dan bingung dengan apa yang berlaku. Negara yang mendabik dada sebagai tentera terbaik di dunia langsung tidak terfikir untuk menghantar tentera bantuan dan juga membuka pintu sempadan membantu menamatkan kebuasan cucu cicit Khinzir dan Kera ini. Penjaga Dua Tanah Haram pula masih leka dan sibuk. Agaknya masih kepenatan menguruskan ibadah haji baru-baru ini. Ye lah, berjuta-juta orang datang dan keluar tentunya satu kerja yang memenatkan. Yang lain? Iran pula masih teragak-agak untuk mengacah Israel dengan kalimah perang. Sebaliknya nun jauh di negara yang terletak di luar rantau Asia Barat, Venezuela telah menghantar pulang Duta Israel dan semua pekerja-pekerja di Kedutaan Israel di situ. Hugo Chavez ingin menyampaikan mesej berbentuk cabaran kepada rakan sejawatnya di negara-negara Arab untuk mengambil tindakan yang sama. Halau Duta Israel dari ibukota kamu!!! Dan seperti biasa, dari Perairan Teluk hingga ke Hujung Selat Meditaranean;anak-anak umat Islam dan bangsa Arab seolah-olah mengajar Bapa-bapa mereka cara sebenar bertindak dalam krisis kemanusiaan sebegini. Demo jalanan di sana-sini menandakan jantung umat masih lagi berdenyut. Sumbangan dan derma membanjiri tabung-tabung yang ditubuhkan bagi menyelamatkan saudara-mara di Selatan Palestin.

Berdasarkan analisa politik Israel, ini bukan waktu yang sesuai bagi berperang kerana ekonomi Israel sedang berada dalam kegawatan teruk. Akibatnya bertambah dahsyat selepas Menteri Perang, Ehud Barak memulakan serangan darat. Ini bermaksud,kini Yahudi sedang di ambang kehancuran. Jurucakap tentera Israel juga menyatakan, perang ini akan menjadi sulit dan panjang. Ini sudah terbukti pada awal serangan; Israel meletakkan objektif utama ialah mengHAPUSkan HAMAS. Namun, setelah melihat kesukaran untuk mencapai objektif itu dan kematian tenteranya yang bertambah; objektif diubah kepada meLEMAHkan HAMAS.

keranda bagi Yahudi

Jumlah kematian Yahudi meningkat setiap hari

Sehingga artikel ini ditulis, sejumlah kereta kebal Merkava telah berjaya dimusnahkan oleh pejuang HAMAS. Beberapa hari yang lalu, akhbar Israel Haaretz , mengesahkan 4 orang tentera Yahudi telah mati dibom oleh peluru berpandu mereka sendiri. Mimpi buruk mereka kini menjadi realiti. Bukan mudah untuk mereka mengalahkan mujahidin yang berjuang demi mempertahankan tanah air dan merindukan syahadah.

Kesatuan Ulama Islam Sedunia telah mengisytiharkan hari Jumaat ini sebagai Hari Sedunia Menyelamatkan Gaza daripada kekejaman Zionis. Ini sebagai menunjukan kesatuan umat Islam seluruh pelusuk dunia demi menghentikan serangan di Gaza.

Sabtu ini pula, Aman Palestin Berhad dengan Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA) sebagai co-organizer akan menganjurkan rapat umum di Stadium Melawati Shah Alam, Selangor. Seruan bagi semua penduduk Malaysia untuk hadir bersama dengan sepanduk dan banner bagi menandakan kebersamaan kita dengan saudara seaqidah di Gaza.

rapat-umum-draft

No comments:

Post a Comment