Wednesday, January 21, 2009

Israel menjangkakan dalam tempoh setahun lagi roket Hamas akan menjangkau Tel Aviv

Rabu, 21/01/2009 - Anggota “Knesset” Israel, Avigdor Liberman, yang juga ketua parti “Yasrael Betna”, memberi komen bahawa serangan militan Israel di Gaza belum menghancurkan Hamas sebaliknya menjadikan Hamas semakin berpengaruh di Palestin.Beliau menyatakan mungkin tidak lama akan ada kejutan apabila Ramallah pula jatuh ke tangan Hamas.

Liberman melihat gerakan Hamas tidak akan terus lemah. Namun akan menjadi lebih baik dari Hizbullah dalam tempoh setahun. Hamas akan memiliki ratusan roket yang mampu menjangkau hingga ke tengah Tel Aviv dan mengempur pejabat pemerintah Israel.

Sementara itu seorang penganalisis politik Israel yang rapat dengan pihak berkuasa Israel menyatakan bahawa sebab utama yang mendorong Israel menghentikan perang di Semenanjung Gaza adalah kerana “penat” dan “keletihan”.

sumber : COMES
penterjemah : osman

No comments:

Post a Comment