Sunday, January 11, 2009

OPERASI SYAHID WANITA PALESTIN



'Operasi Syahid' atau apa yang disebut oleh kebanyakan media Barat sebagai operasi berani mati di Palestin kini bukan sahaja dilakukan oleh pemuda-pemuda Hamas, bahkan kini ada wanita yang sanggup bertindak sedemikian rupa.

Terbaru, awal pagi tadi (27/1/2002) seorang wanita yang sudah berumur meletupkan dirinya di bandar Baitul Maqdis Barat di jalan Yafa. Kawasan berkenaan adalah kawasan komersial terkenal di sana.

Tindakan nekad wanita Islam berkenaan menyebabkan dua orang Yahudi terbunuh dan 140 tercedera, lima daripadanya berada dalam kritikal. Ia merupakan serangan kedua di tempat yang sama dalam tempuh tidak sampai seminggu.

Jurucakap rejim Israel menyebut bahawa ia dilakukan oleh seorang wanita, tanpa menyebut pengenalannya. Manakala stesen televisyen Al Manar milik Hizbullah yang beroperasi di Lubnan menyatakan bahawa wanita berkenaan pernah belajar di Universiti An Najah di Nablus.

Setakat berita ini di tulis, belum ada pihak yang mengaku bertanggung-jawab ke atas operasi syahid ini. Walau bagaimanapun, rejim Israel secara rasminya menyalahkan presiden Palestin Yasir Arafat sebagai orang yang bertanggung-jawab di sebalik kejadian berkenaan.

Dalam pada itu, Arafat mengulangi 'rayuannya' kepada Collin Powell, setiausaha luar Amerika supaya menghantar utusannya Antony Zainy bagi menghentikan keganasan Israel.

Sedangkan pada waktu yang sama, orang yang diharapkan dapat menghentikan keganasan Israel itu menyifatkan Arafat sebagai ketua pengganas Mafia.

Akhbar Maarif milik Yahudi menyiarkan ejekan Antony Zainy terhadap Arafat dengan menggunakan bahawa ibundanya, Italy bahawa Arafat adalah, "Kabu de toty kabe." Ia adalah salah seorang ketua kumpulan Mafia yang masyhur.

Operasi Syahid sering menjadi perbincangan di kalangan ulama'. Bahkan tidak kurang juga yang memfatwakannya sebagai operasi membunuh diri.

Walaubagaimanapun, operasi syahid dipersetujui oleh sebahagian besar ulama terkemuka di dunia dan menafikan ia sebagai operasi bunuh diri. Antara mereka ialah Syeikh Dr Yusuf Al Qardhawi.

Sementara Syeikhul Azhar Syed Mohammad At Tantawi pula menyifatkan operasi syahid sebagai 'cara yang paling mulia' untuk mendapatkan mati syahid. Ini kerana umat islam Palestin tidak ada cara lain lagi untuk mempertahankan agama dan tanah air mereka.

No comments:

Post a Comment